Muslimah Sejati Bukan Dilihat Dari Kecantikan Dan Keayuan Wajahnya Semata-Mata.

Wajahnya Hanyalah Satu Peranan Yang Amat Kecil, Tetapi Muslimah Sejati Dilihat Dari Kecantikan Dan Ketulusan Hatinya Yang Tersembunyi. Itulah Yang Terbaik..

Saturday 7 July 2012

Sebagai Penghargaan Atas kehadiran Mu.. Alhamdulillah..


Lagu Ku Untuk Mu....
 Kasih kaulah inspirasiku…

Bila sendirian fikiranku buntu.. Mengingati dirimu…
Dikau tiada lagi di sisiku.. Hatiku sayu bertambah pilu…
Kasih kau inspirasiku… Kau mengajarku erti kehidupan ini..
Takkan ku lupakan nasihatmu.. Kerna ianya berguna untukku…
Seringkali aku berdoa pada-Nya…. Agar tabah menyusuri hidup ini…
Ya ALLAH berilah ku kekuatan… Untuk tempuhi dugaan yang mencabar…
Sekiranya ku mendapat pengganti… Ku harapkan insan sepertimu oh kasih…
Banyak membantu dan mendorongku… Menjadi hamba yang taat kepada-Nya…
Walau dirimu tiada lagi… Tapi hatiku tetap kepadamu….
Kenangan bersamamu subur mewangi… Takkan luput dari ingatanku…
Takkan luput dari ingatanku…

Dari Nya Buat Ku...
Kau digelar sebagai penyeri dunia..
Hadirmu melengkap hubungan manusia..
Bukan sahaja dirindui yang biasa..
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa..
Akalmu senipis bilahan rambut..
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu..
Jua hatimu bak kaca yang rapuh..
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..
Tercipta engkau dari rusuk lelaki..
Bukan dari kaki untuk dialasi..
Bukan dari kepala untuk dijunjung..
Tapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat jua di hati untuk dikasihi..
Engkaulah wanita hiasan duniawi..
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok..
Jika datangnya dari kayu yang bengkok..
Begitulah peribadi yang dibentuk..
Didiklah wanita dengan keimanan..
Bukannya harta ataupun pujian..
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa..
Engkaulah wanita istimewa..
Sedarilah insan istimewa..
Bahawa kelembutan bukan kelemahan..
Bukan jua penghinaan dari Tuhan..
Bahkan sebagai hiasan kecantikan..

Ya ALLAH... Permudahkan Lah urusan Kami... Sesungguh Nya KAU Maha Mengetahui segala Perkara Yg Tersurat Dan Tersirat.. Amin.. 




No comments:

Post a Comment